Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2,600 wartawan asing daftar liputan sidang puncak Trump-Kim di Vietnam

Kira-kira 2,600 wartawan asing berdaftar untuk membuat liputan bagi sidang puncak kedua antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara, yang dijadualkan pada 27 hingga 28 Februari di Hanoi, kata Menteri Luar Vietnam Le Hoai Trung.

Anggaran Waktu Membaca:
2,600 wartawan asing daftar liputan sidang puncak Trump-Kim di Vietnam

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Vietnam pada 27 dan 28 Februari ini. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 22 Feb 2019 05:53PM Dikemas Kini : 22 Feb 2019 05:59PM

HANOI: Kira-kira 2,600 wartawan asing berdaftar untuk membuat liputan bagi sidang puncak kedua antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara, yang dijadualkan pada 27 hingga 28 Februari di Hanoi, kata Menteri Luar Vietnam Le Hoai Trung.

Beliau berkata, negara itu hanya mempunyai kira-kira 20 hari untuk membuat persediaan selepas Presiden Donald Trump mengumumkan Hanoi dipilih sebagai tempat pertemuan, lapor agensi berita Xinhua.

"Sebelum ini, Singapura mempunyai masa hampir dua bulan untuk membuat persediaan sidang puncak pertama tahun lalu," katanya semasa sidang media pada Khamis (21 Feb).

Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc baru-baru ini mengarahkan kementerian dan sektor yang berkaitan supaya memastikan persediaan berjalan lancar, terutamanya dari segi aspek keselamatan.

Perdana Menteri itu juga mahu semua wartawan asing yang ingin membuat liputan acara berkenaan diperiksa dengan teliti dan mematuhi semua syarat ditetapkan.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan