Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1MDB: SPRM kini kumpul bukti dari luar negara

Siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan siasatan dalam negara hampir selesai sepenuhnya dan kini tumpuan adalah kepada pengumpulan bukti di luar negara, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdull.

Anggaran Waktu Membaca:
1MDB: SPRM kini kumpul bukti dari luar negara

(Gambar Fail: Reuters/Olivia Harris)

Diterbitkan : 07 Jul 2018 11:06PM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 11:08PM

KUALA LUMPUR: Siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan siasatan dalam negara hampir selesai sepenuhnya dan kini tumpuan adalah kepada pengumpulan bukti di luar negara, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdull.

Beliau berkata siasatan dalam negara sebelum ini merangkumi separuh daripada kes manakala bakinya adalah di luar negara.

“50 peratus kita dah lengkapkan (kumpul) bukti tempatan, sekarang kita melihat bukti dari luar negara,” katanya dalam satu acara hari ini (7 Jul).

Encik Mohd Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataannya semalam (6 Jul) bahawa siasatan 1MDB sudah selesai 50 peratus.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai laporan polis yang dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan saman yang dikemukakan oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak terhadapnya, beliau hanya berkata: “Itu hak NGO untuk buat aduan polis. Samanlah saya terima, biar mahkamah putuskan.”

Semalam (6 Jul), media melaporkan Pemantau Malaysia Baru membuat aduan polis terhadap Encik Mohd Shukri selepas tindakan beliau membekukan akaun keluarga Encik Najib yang didakwa mempunyai unsur membalas dendam.

Selain itu, media turut melaporkan Encik Najib mengemukakan saman terhadap tiga individu termasuk Encik Mohd Shukri menyusuli beberapa kenyataan yang dibuat mereka berkenaan 1MDB.

Dua lagi adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Amar Singh Ishar Singh dan Peguam Negara Tommy Thomas. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan