1MDB: Rosmah dijangka beri keterangan kepada polis esok
Cik Rosmah Mansor, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, dijangka hadir memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) esok (25 Okt).
(Gambar fail: Saeed Khan/AFP)
KUALA LUMPUR: Cik Rosmah Mansor, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, dijangka hadir memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) esok (25 Okt).
Menurut sumber, Cik Rosmah akan memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, pada sebelah pagi.
"Memang beliau akan hadir esok untuk beri keterangan," menurut sumber itu ketika dihubungi media tempatan hari ini (24 Okt).
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan waktu sebenar Cik Rosmah akan hadir memberi keterangan.
Pada 4 Oktober lalu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya berkemungkinan memanggil Cik Rosmah bagi mengambil keterangan melibatkan pelbagai kes termasuk 1MDB.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.