1MDB dibenarkan serah writ saman kepada kakak Jho Low menerusi akhbar The Straits Times
Anggaran Waktu Membaca:

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar: Jho Low/ Facebook)
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Selasa (25 Okt) memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi bagi menyerahkan writ saman berjumlah AS$3.78 bilion (S$5 bilion) kepada kakak kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang kini berada di Singapura melalui pengiklanan di akhbar The Straits Times.
Peguam Siva Kumar Kanagasabai, yang mewakili 1MDB, berkata Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan rayuan 1MDB terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar Haslinda A. Raof pada 13 Oktober lalu, yang menolak permohonan syarikat itu untuk mendapatkan perintah penyampaian ganti terhadap Low May Lin.
"Keputusan Pendaftar diketepikan dan permohonan penyampaian ganti dibenarkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Encik Siva Kumar, alamat terakhir wanita itu yang diketahui adalah di Singapura dan percubaan untuk menyampaikan writ saman secara peribadi kepadanya telahpun dibuat sebanyak dua kali selepas menghantar surat temu janji, namun gagal.
"Oleh kerana penyampaian secara peribadi tidak praktikal, maka kami memohon untuk penyampaian ganti selaras dengan kuasa mahkamah di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012," kata peguam itu, yang turut memaklumkan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 28 Oktober.
Penyampaian ganti adalah untuk menyampaikan dokumen dalam litigasi awam dalam bentuk surat, iklan atau sebarang kaedah lain yang membolehkan prosiding mendapat perhatian pihak defendan oleh kerana penyampaian dokumen secara peribadi tidak dapat dilakukan.
Sementara itu, Encik Siva Kumar berkata writ saman yang sama sudah berjaya diserahkan kepada adik lelaki Jho Low, Taek Szen, berdasarkan alamat terakhirnya di Hong Kong. Writ saman itu turut diserahkan kepada Jho Low, bapa beliau, Larry Low Hock Peng, dan ibunya, Goh Gaik Ewe, serta rakan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.
Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya - 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited - memfailkan saman terhadap keenam-enam defendan itu.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.