196 pelarian Rohingya mendarat di Langkawi ditahan Maritim Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: REUTERS
LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 196 pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dari Myammar, selepas bot yang membawa mereka terkandas di Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi Jumaat (3 Jan).
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, menyusuli penahanan pada pukul 3.25 pagi itu, pihaknya menerima maklumat terdapat dua lagi bot sarat dengan PATI menuju ke pulau peranginan tersebut, lapor Astro Awani.
“Berdasarkan maklumat yang diterima pihak Maritim Malaysia, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myammar berada di laut namun lokasi sebenar masih belum dapat dikenal pasti.
“Maritim Malaysia telah menggerakkan bot dan kapal ke lokasi pendaratan, membuat rondaan di sekitar perairan utara Langkawi serta di kawasan sempadan negara dan mengatur gerak pesawat udara bagi melaksanakan pemantauan udara serta meningkatkan lagi pemantauan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) bagi mengesan bot membawa PATI berkenaan.
“Bukan itu sahaja, Maritim Malaysia turut berhubung dengan pihak penguat kuasa Thailand untuk bersiap sedia mengawasi pergerakan dua bot yang membawa PATI,” kata Encik Rosli dalam kenyataan pada Jumaat.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.