Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1,958 mangsa banjir Sabah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara

Anggaran Waktu Membaca:
1,958 mangsa banjir Sabah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah)

KOTA KINABALU: Seramai 1,958 mangsa daripada 733 keluarga yang terjejas akibat banjir di Tenom dan Beaufort, Sabah, ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa PPS yang beroperasi adalah dua di Beaufort iaitu Dewan Selagon, yang menempatkan 218 mangsa, dan Dewan DSP DUN Banir (132 mangsa).

"Sebanyak 15 lagi PPS telah dibuka di Tenom iaitu Dewan Kebudayaan Mandalom Lama (164), Rumah Kebudayaan Ponontomon (209), Dewan Mini Jinuim Jimin (139), Sekolah Kebangsaan (SK) Mandalom (97), Dewan Labut 2 (134), Dewan Masyarakat Sri Antenom (103), Rumah Kebudayaan Batu-Batu (123) dan Rumah Kebudayaan Pantagon Saga yang menempatkan 47 mangsa.

"Selain itu, Rumah Kebudayaan Maugus yang menempatkan 231 mangsa, Rumah Kebudayaan Angalor (91), Dewan Kampung Kalang Kanar (24), Rumah Kebudayaan Kalasasan (77), Dewan Terbuka Kampung Saga (22), Rumah Kebudayaan Makakagas (55) dan Rumah Kebudayaan Belumbung Kemabong yang menempatkan 92 mangsa," menurut kenyataan itu.

Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir di Tenom dan 56 kampung di Beaufort ekoran hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan