Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

190 tawanan Rusia-Ukraine dibebaskan menerusi usaha perantaraan UAE

Seramai 190 tawanan dibebaskan dalam sesi pertukaran tawanan terkini antara Rusia dengan Ukraine.

Anggaran Waktu Membaca:
ABU DHABI: Seramai 190 tawanan dibebaskan dalam sesi pertukaran tawanan terkini antara Rusia dengan Ukraine.

Ia menjadikan keseluruhan jumlah tawanan yang ditukar menerusi usaha Amiriah Arab Bersatu (UAE) sebanyak 2,184 orang, lapor Agensi Berita Amiriah (WAM).

Kementerian Luar Amiriah menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua negara atas kerjasama dan kesediaan mereka terhadap usaha perantaraan Amiriah Arab Bersatu (UAE), yang menyumbang kepada kejayaan pertukaran tawanan walaupun terdapat cabaran yang ditimbulkan oleh perang yang sedang berlangsung.

Kejayaan usaha perantaraan itu mencerminkan kepercayaan Rusia dan Ukraine terhadap UAE serta penghargaan mereka terhadap peranan negara itu dalam menyokong laluan diplomatik untuk menyelesaikan krisis semasa antara kedua-dua negara.

Kementerian menegaskan bahawa kejayaan perantaraan terkini, yang merupakan perantaraan kesembilan sejak awal 2024, menunjukkan hubungan kerjasama dan persahabatan antara UAE dan kedua-dua negara.

Kementerian juga mengesahkan komitmen UAE untuk meneruskan segala usaha yang bertujuan mencari penyelesaian aman kepada konflik di Ukraine, dengan menekankan kepentingan dialog dan usaha meredakan ketegangan.

Sejak awal tahun ini, UAE berjaya menjadi pengantara bagi lapan pertukaran tawanan perang antara Rusia dan Ukraine, di samping satu pertukaran tawanan antara Amerika Syarikat dan Rusia pada Disember 2022.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan