190 kanak-kanak maut, 1700 cedera di Sudan: Laporan UNICEF
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNN
NEW YORK: Pertempuran di Sudan mengorbankan 190 kanak-kanak dan menyebabkan 1,700 yang lain cedera, menurut agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), UNICEF.
Negara Afrika yang dilanda konflik itu diselubungi keganasan selama berminggu-minggu dengan pertempuran antara tentera dan kumpulan paramilitari Rapid Support Forces (RSF).
''Keadaan di Sudan semakin hampir ke arah malapetaka, dan kanak-kanak semakin terperangkap dalam pertempuran,'' menurut Agensi Anadolu dalam satu kenyataan, memetik UNICEF.
''Kanak-kanak hidup di tengah-tengah keganasan yang menakutkan selama hampir tiga minggu, dan banyak keluarga kini sedang berpindah ke tempat selamat di Sudan dan di luar sempadannya."
Pegawai kemanusiaan juga diserang, manakala kemudahan kemanusiaan, kenderaan dan bekalan - termasuk UNICEF - dirompak atau dimusnahkan, menurut agensi itu.
Ia menambah serangan itu menjejas keupayaan agensi untuk membantu kanak-kanak di seluruh negara dengan perkhidmatan kesihatan, makanan, air dan sanitasi.
Agensi itu menyeru pihak Sudan yang berperang supaya mematuhi undang-undang antarabangsa dengan memastikan bahawa pegawai kemanusiaan boleh beroperasi dengan selamat untuk membantu orang awam yang memerlukan, menurut laporan itu.
Pertempuran baru-baru ini menyebabkan sekurang-kurangnya 550 orang mati dan lebih 5,000 cedera. Ia juga memaksa lebih 100,000 penduduk melarikan diri ke negara jiran.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.