Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

19 sekolah diarahkan tutup di Selangor ekoran kelompok jangkitan COVID-19

Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Isnin (19 Apr) ekoran kemunculan kluster pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
19 sekolah diarahkan tutup di Selangor ekoran kelompok jangkitan COVID-19

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Apr 2021 07:32AM Dikemas Kini : 20 Apr 2021 07:34AM

SHAH ALAM: Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Isnin (19 Apr) ekoran kemunculan kluster pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling sekolah yang diarahkan tutup itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong; SMK Bandar Sri Damansara 2; SMK Damansara Jaya; SMK Seksyen 7 dan SMK USJ 23.

Turut diarahkan tutup ialah SMK Puchong; SMK Puchong Utama 1; SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara; SMK Bandar Puncak Jalil; SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong Perdana.

Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) pula iaitu SK Puchong Perdana; SK Bandar Baru Sri Damansara 2; SK Bukit Kuchai; SK Bandar Sri Damansara 3; SK Bukit Jelutong dan SK USJ 20.

Selain itu, sekolah diarahkan tutup ialah Sekolah Agama Menengah Bestari Subang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling berkata penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.

“Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.

Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin,” katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan