19 penumpang dibenarkan keluar hospital susuli insiden pesawat Delta terbalik ketika mendarat
Delta Air Lines menyatakan pada Selasa (18 Feb) bahawa 19 daripada 21 penumpang yang dibawa ke hospital-hospital tempatan selepas pesawatnya terhempas di Toronto sehari sebelum itu telah dibenarkan keluar hospital, sedang para pegawai meneruskan siasatan mengapa pesawat tersebut terbalik semasa mendarat.

Petikan dari video menunjukkan pesawat Delta Airlines terbalik di Lapangan Terbang Toronto Pearson pada 18 Feb 2025. (Gambar CTV via AP)
Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Greater Toronto Deborah Flint berkata semasa sidang media bahawa dua penumpang yang masih dirawat di hospital tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.
"Ia benar-benar luar biasa apabila anda melihat pesawat itu - ia membuatkan anda benar-benar berterima kasih atas semua pemeriksaan keselamatan," kata Cik Flint sambil memuji kru penerbangan dan pasukan kecemasan barisan pertama.
Sepasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada mengetuai siasatan ke atas pesawat CRJ900 yang dikendalikan oleh Endeavour Air, anak syarikat Delta Air Lines yang terbalik pada Isnin (17 Feb) di Lapangan Terbang Pearson di Toronto. Mereka mendapat bantuan daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Masih belum jelas apa yang berlaku pada penerbangan 4819 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St. Paul.
Kemalangan udara biasanya disebabkan oleh pelbagai faktor.
Pesawat CRJ900 berusia 16 tahun, dibuat oleh syarikat Bombardier dari Kanada dan dikuasakan oleh enjin GE Aerospace, boleh memuatkan sehingga 90 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.