19 penumpang cedera selepas bas ekspres menuju ke S'pura dari Ipoh terbalik
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Bomba Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Pemandu pertama dan kedua bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran Bangsar, di Kuala Lumpur pada tengah malam Rabu (20)
disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata kedua-dua pemandu berkenaan dibebaskan selepas selesai diambil keterangan pada pukul 4.45 pagi di Balai Polis Trafik di Kuala Lumpur.
Beliau berkata kedua-dua pemandu berkenaan turut diambil sampel darah dan air kencing bagi ujian toksikologi oleh Jabatan Kimia.

“Dalam kemalangan pada pukul 12.05 tengah malam itu bas yang membawa 24 penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Singapura itu hilang kawalan dan terbabas sendiri melanggar tembok konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik ke sebelah kiri di laluan sama,” kata beliau ketika dihubungi pada Khamis (21 Jul).

Berikutan kemalangan itu, 19 penumpang mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan manakala pemandu dan pemandu kedua bas itu serta lima penumpang lain tidak cedera.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee atau mana-mana balai polis berhampiran, kata beliau.
Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.