19 maut, lebih 160 cedera selepas jet Tentera Udara Bangladesh terhempas di kawasan kolej
Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan lebih 160 cedera selepas sebuah pesawat latihan Tentera Udara Bangladesh (BAF) terhempas di kawasan sekolah dan kolej di Dhaka pada Isnin (21 Jul).
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lebih 100 cedera selepas sebuah pesawat latihan Tentera Udara Bangladesh (BAF) terhempas di kawasan sekolah dan kolej di Dhaka pada Isnin. (Gambar: AP)
Jet pejuang F-7 itu terhempas di kawasan Sekolah dan kampus Kolej Milestone di Uttara, Dhaka, sekitar 1.15 tengah hari.
Menurut laporan media tempatan, jumlah mangsa yang cedera melebihi 160 orang, kebanyakannya pelajar.
“Ini merupakan detik dukacita yang mendalam bagi negara,” kata Ketua Pemerintah Sementara Bangladesh, Muhammad Yunus.
Pemerintah sudah mengisytiharkan hari berkabung pada Selasa.
Mangsa yang terkorban termasuk juruterbang dan ramai kanak-kanak.
Anggota daripada Tentera Darat Bangladesh, Jabatan Bomba dan Penyelamat Awam, Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), dan polis dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan jasad serta memadam kebakaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.