Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

19 maut dalam nahas bas di Bangladesh

Anggaran Waktu Membaca:

DHAKA: Sebuah bas yang dipandu dengan laju, terbabas dari salah satu lebuh raya utama di bahagian tengah Bangladesh dan terhumban ke dalam parit, sekali gus mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang dan menyebabkan berpuluh-puluh yang lain cedera, menurut polis.

Angka korban mungkin meningkat memandangkan sesetengah penumpang yang cedera kini dalam keadaan tenat, kata Anowar Hossain, seorang pegawai polis di Shibchar, di mana nahas itu berlaku. Bandar itu terletak sekitar 80 kilometer dari ibu kota Dhaka.

Bas yang membawa lebih 40 penumpang itu, terhumban sekitar 9 meter ke dalam parit di tepi jalan setelah merempuh pembahagi jalan di lebuh raya jambatan sungai Padma yang baru saja dibina, kata Encik Hossain.

Pemandu bas yang terkorban, dipercayai hilang kawalan kenderaan tersebut setelah tayar bas itu pecah, dedah Encik Hossain.

Punca kemalangan sedang disiasat, lapor Reuters.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Bangladesh dan sering kali puncanya adalah memandu dengan cuai, kenderaan lama dan peraturan jalan raya yang lemah, sekali gus meragut nyawa beribu-ribu orang setiap tahun.

Pada 2018, beberapa tunjuk perasaan besar-besaran diadakan oleh para pelajar menyusuli kematian dua orang remaja, yang mendorong pemerintah pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina untuk meluluskan tempoh hukuman penjara maksimum kepada lima tahun daripada tiga tahun atas kesalahan menyebabkan kematian akibat memandu dengan cuai.

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan