Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1.9 juta jemaah manfaatkan khidmat bas ulang-alik ke Masjidil Haram dalam minggu pertama Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
1.9 juta jemaah manfaatkan khidmat bas ulang-alik ke Masjidil Haram dalam minggu pertama Ramadan

(Gambar: Saudi Gazette/Facebook)

RIYADH: Suruhanjaya DiRaja bagi bandar Makkah dan tapak-tapak suci Islam di Arab Saudi mengumumkan bahawa lebih 1.9 juta orang meraih manfaat daripada khidmat bas ulang-alik semasa minggu pertama bulan Ramadan kali ini.

Lebih 31,000 perjalanan melibatkan 400 bas itu dilakukan dalam tempoh yang sama. Ia bagi menghubungkan kawasan sekeliling Makkah ke Masjidil Haram, 24 jam sehari.

Setiap kali tiba bulan Ramadan, kawasan sekeliling Masjidil Haram akan dikerumuni orang ramai untuk beribadah.

Malah, semua ruang kosong di luar masjid paling suci dalam Islam itu, termasuk jalan-jalan raya, akan dimanfaatkan orang ramai untuk bersolat.

Maka itu, semua kenderaan privet tidak dibenarkan berada di laluan utama menuju ke Masjidil Haram, terutama sejam sebelum setiap waktu solat.

Bagi memudahkan perjalanan para jemaah yang ingin berkunjung ke Masjidil Haram, pihak berkuasa Saudi memperkenalkan khidmat bas ulang- alik 24 jam sehari.

Semua bas boleh dinaiki dari stesen bas di belakang menara jam, setiap lima minit untuk ke 17 kawasan di Makkah, yang disediakan tempat letak kereta seperti di Kudai, Aziziyah dan Mina.

Setiap perjalanan bas antara 4 hingga 7 kilometer ulang-alik itu dikenakan bayaran sekitar 8 Riyal Saudi (S$2.80).
Sumber : AGENCIES/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan