Skip to main content

Dunia

19 jet China hampiri kawasan selat, kata Kementerian Pertahanan Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
19 jet China hampiri kawasan selat, kata Kementerian Pertahanan Taiwan

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 24 Jun 2023 05:04PM Dikemas Kini : 24 Jun 2023 05:05PM
MOSKO: Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan pihaknya mengesan 19 pesawat dan lima kapal Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menghampiri pulau itu pada Sabtu (24 Jun), lapor Sputnik.

"Sejak 08:00 (UTC+8) (00:00 GMT) hari ini (24 Jun), Angkatan Tentera (Taiwan) mengesan 19 pesawat PLA (termasuk J-10, J-16), lapan melintasi garisan median Selat Taiwan dan menghampiri garisan 24 batu nautika," menurut kementerian itu di Twitter.

Tentera Taiwan juga mendapati lima kapal tentera laut China sedang menjalankan rondaan tempur bersama.

Kementerian pertahanan Taiwan sebelum itu memaklumkan bahawa lima kapal China dan lapan pesawat termasuk helikopter Z-9 ASW, telah dikesan berhampiran pulau itu antara 6 pagi pada 23 Jun dan 6 pagi pada 24 Jun.

Ketegangan di sekitar Taiwan berlaku pada April selepas Presiden Taiwan Tsai Ing-wen bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan AS Kevin McCarthy.

Beijing bertindak balas dengan melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran selama tiga hari berhampiran pulau itu sebagai "amaran" kepada kumpulan pemisah Taiwan dan kuasa asing.
Sumber : Bernama/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita