Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

19 individu diberkas cuba keluar M'sia ikut jalan haram

Anggaran Waktu Membaca:
19 individu diberkas cuba keluar M'sia ikut jalan haram

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 Aug 2022 02:26PM Dikemas Kini : 29 Aug 2022 02:52PM
JOHOR BAHRU: Seramai 19 individu ditahan dalam Operasi Pintas, dipercayai atas percubaan untuk keluar dari Malaysia melalui jalan tidak diwartakan di sekitar Pengerang dan Kulai pada Ahad (28 Ogos), lapor agensi berita Bernama.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora berkata penahanan tersebut membabitkan tiga tekong terdiri daripada dua lelaki warga asing dan seorang wanita warga Malaysia, bersama 16 lagi warga asing yang berusia antara 21 hingga 46 tahun.

Tambah Encik Hussin lagi, dalam penangkapan pertama pada pukul 12.30 tengah malam pada Ahad (28 Ogos), seorang tekong ditahan bersama sebuah kereta Honda CR-V sekitar Pengerang, sekali gus membawa kepada penahanan 16 pendatang asing di lokasi berhampiran.

“Pada pukul 6.00 pagi, hasil maklumat, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki warga asing yang merupakan tekong yang disyaki terlibat dalam menguruskan perjalanan kesemua 16 pendatang yang ingin keluar dari negara ini."

“Susulan penahanan dua tekong berkenaan, seorang lagi tekong yang merupakan wanita warga tempatan ditahan di sebuah rumah penampungan di Kulai disyaki penjaga rumah tersebut,” kata Encik Hussin dalam kenyataan pada Isnin (29 Ogos), dipetik agensi berita Bernama.

Encik Hussin berkata bahawa menurut hasil siasatan, rumah penampungan tersebut dijadikan transit pendatang asing untuk keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan hukuman denda atau kedua-duanya sekali.

“Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, manakala Seksyen 186 Kanun Keseksaan, penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 (S$934) atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya lagi.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan