Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

19 ditipu pakej umrah, rugi lebih S$13,800

Seramai 19 individu mengalami kerugian berjumlah RM41,800 (S$13,840) selepas terdaya dengan tawaran pakej umrah yang tidak wujud yang ditawarkan oleh seorang ejen sebuah syarikat pelancongan pada November tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
19 ditipu pakej umrah, rugi lebih S$13,800

(Gambar: BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 04:26PM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 04:29PM

KUANTAN: Seramai 19 individu mengalami kerugian berjumlah RM41,800 (S$13,840) selepas terdaya dengan tawaran pakej umrah yang tidak wujud yang ditawarkan oleh seorang ejen sebuah syarikat pelancongan pada November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang warga emas wanita berusia 62 tahun, mangsa dipelawa untuk menunaikan ibadah berkenaan dengan hanya perlu membayar sebanyak RM2,200 (S$728) sahaja.

“Mangsa dimaklumkan separuh lagi kos pakej berjumlah RM5,000 (S$1,660) itu akan ditanggung oleh seorang lelaki yang bergelar 'datuk’ dan tertarik dengan tawaran itu, warga emas berkenaan telah memasukkan sebanyak RM2,200 (S$728) di dalam akaun agensi pelancongan berkenaan pada 27 Nov tahun lalu.

"Seorang wanita yang merupakan ejen syarikat pelancongan itu kemudian memaklumkan mereka yang terlibat dijangka akan menunaikan umrah pada 1 Dis tahun lalu, namun pada pertengahan bulan Disember, mereka telah dimaklumkan bawa tarikh berkenaan telah ditunda pada 20 Dis pula.

"Wang akan dipulangkan dalam tempoh tiga minggu jika mangsa ingin menarik diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Encik Mohd Wazir berkata, bagaimanapun sehingga hari ini, mangsa belum mendapat wang yang dijanjikan dan hanya diserahkan dokumen perjalanan pada pertengahan Januari lalu.

Mangsa kemudianya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan setakat ini polis telah menerima sembilan laporan polis atas perkara yang sama melibatkan 19 mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan