1.86 juta rakyat M'sia menetap di luar negara, kebanyakannya di SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Astro Awani)
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KSM) sedang merangka langkah untuk menghadapi fenomena penghijrahan rakyat negara itu yang berpelajaran tinggi ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan lebih baik, kata Menterinya, V Sivakumar.
Beliau berkata, Malaysia mempunyai kadar penghijrahan cendekiawan sebanyak 5.5 peratus daripada keseluruhan penduduk dalam negara, lebih tinggi daripada kadar purata 3.3 peratus di peringkat global.
"Dalam pada itu, seramai 1.86 juta rakyat Malaysia menetap di luar negara, dan 1.13 juta daripada jumlah itu menetap di Singapura,” katanya ketika mengulas isu berkenaan selepas mempengerusikan sesi dialog Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) bersama 20 pemain industri, pada Selasa 7 Mac).
Menurut laporan Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDESA) pada 2020, destinasi negara utama diaspora dari Malaysia adalah Singapura, Bangladesh, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Brunei.
Encik Sivakumar berkata, usaha menarik balik rakyat Malaysia untuk kembali bekerja di dalam negara memerlukan masa yang panjang.
"Ada dua perkara... satu, bagaimana anda menarik minat orang yang sudah tinggalkan negara (Malaysia) untuk bekerja di negara-negara luar? Apa cara terbaik dengan insentif tertentu yang lebih menarik untuk tarik mereka datang (balik)?
"Kedua, bagaimana kita pastikan tiada faktor yang menarik (di luar negara) atau sebaliknya, faktor penolak di industri dalam negara yang menyebabkan rakyat keluar?" katanya.
Beliau berkata, ini tanggungjawab yang berat untuk KSM serta TalentCorp, dan kedua-dua pihak sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan kaedah terbaik.

Sumber : Bernama/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.