Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1,800 Al-Quran diagihkan kepada 10 hotel di Kelantan

Anggaran Waktu Membaca:
1,800 Al-Quran diagihkan kepada 10 hotel di Kelantan

Gambar hiasan. (Gambar: GR Stocks/Pexels)

KOTA BHARU: Sebanyak 1,500 naskhah Al-Quran yang mempunyai terjemahan Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin disumbangkan oleh Kedutaaan Arab Saudi kepada 10 hotel di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Md Anizam Abdul Rahman berkata selain itu, sebanyak 300 naskhah lagi turut disumbangkan oleh kerajaan negeri sejajar dengan dasar 'Membangun bersama Islam'.

Katanya jumlah naskhah Al-Quran yang bakal diterima oleh setiap hotel bergantung kepada jumlah bilik yang dimiliki.

"Di Kelantan ada kira-kira 5,000 bilik hotel termasuk hotel bajet dan berharap kesemua bilik dapat ditempatkan Al-Quran.

“Bagi sumbangan kali ini terserahlah kepada pihak hotel sama ada mahu meletakkannya di dalam bilik penginapan ataupun di lobi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan naskhah Al-Quran kepada premis penginapan pelancongan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim pada Isnin (11 Apr). 

Turut hadir ialah wakil Kedutaan Arab Saudi Abdul Rahman Ibrahim Alrobian, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Che Mohd Rahim Jusoh dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Ibrahim Idris.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara hotel yang bakal menerima naskhah Al-Quran tersebut termasuklah Hotel Perdana, Hotel Jewel, Hotel Grand Renai, Grand Riverview, Holiday Villa, D'Viana dan H-Elite.

"Sesuai dengan dasar kerajaan negeri Kelantan iaitu Membangun Bersama Islam, kami mengharapkan agar program seumpama ini dapat sentiasa diteruskan pada masa hadapan," katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan