Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

18 wanita hamil maut angkara COVID-19 di Johor

Sebanyak 18 kes kematian akibat COVID-19 membabitkan wanita hamil dilaporkan di Johor sehingga semalam (6 Sep), menurut Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini (7 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
18 wanita hamil maut angkara COVID-19 di Johor

Gambar: Pexel

Diterbitkan : 07 Sep 2021 06:27PM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 06:29PM

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 18 kes kematian akibat COVID-19 membabitkan wanita hamil dilaporkan di Johor sehingga semalam (6 Sep), menurut Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini (7 Sep).

Memandang serius perkara itu, Exco Kesihatan R. Vidyananthan berkata pihaknya meningkatkan pemantauan berterusan terhadap ibu hamil termasuk menggalakkan mereka supaya mendapatkan vaksinasi.

"Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), jumlah ibu hamil di Johor yang menerima satu dos suntikan vaksin adalah seramai 30,000 orang, manakala seramai 9,177 lagi sudah lengkap dua dos," katanya ketika sesi penggulungan Persidangan DUN Johor ke-14 hari ini.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan