Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

18 terkorban dalam letupan bom kereta di Syria, kebanyakannya orang awam

Satu letupan bom kereta pada Selasa (6 Okt) mengorbankan 18 orang termasuk sekurang-kurangnya 13 orang awam di bandar Al-Bab, yang dikuasai Turki di utara Syria, menurut sebuah badan pemantau perang. 

Anggaran Waktu Membaca:
18 terkorban dalam letupan bom kereta di Syria, kebanyakannya orang awam

Bandar Al-Bab di utara Syria pada 2 Feb 2017. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 07 Oct 2020 10:00AM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 10:03AM

BEIRUT: Satu letupan bom kereta pada Selasa (6 Okt) mengorbankan 18 orang termasuk sekurang-kurangnya 13 orang awam di bandar Al-Bab, yang dikuasai Turki di utara Syria, menurut sebuah badan pemantau perang.

Badan Pemantau Hak Asasi Syria yang berpangkalan di Britain melaporkan bahawa letupan berdekatan sebuah stesen bas itu juga mencederakan sekurang-kurangnya 75 mangsa dengan sebilangan daripada mereka cedera parah.

Ketua badan itu, Rami Abdel Rahman, berkata lima lagi mangsa tidak segera dikenal pasti.

Turki dan sekutu-sekutunya di Syria menguasai beberapa wilayah di kawasan sempadan Syria berikutan tiga pencerobohan tentera sejak 2016.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan bom kereta itu tetapi beberapa serangan telah berlaku di Al-Bab sejak bandar itu ditawan tentera Turki daripada kumpulan militan ISIS pada 2017.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan sewenang-wenangnya terhadap orang awam," tulis pegawai kanan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Cutts, di Twitter selepas pengeboman terbaru itu.

Perang saudara di Syria sudah mengorbankan lebih 380,000 nyawa sejak ia bermula dengan bantahan anti-pemerintah pada 2011.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan