Skip to main content

Dunia

18 orang maut dalam serangan tentera Myanmar ke atas sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
18 orang maut dalam serangan tentera Myanmar ke atas sekolah

Serpihan runtuhan berikutan serangan udara tentera yang didakwa melanda dua sekolah swasta di kawasan perkampungan Thayet Thapin di Kyauktaw, Myanmar pada 12 Sep 2025. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 13 Sep 2025 12:10PM
BANGKOK: Serangan udara oleh tentera Myanmar ke atas dua sekolah swasta di sebuah kampung di Myanmar mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang, kebanyakannya pelajar, menurut laporan kumpulan bersenjata dan media tempatan pada Jumaat (12 Sep).

Lebih 20 yang lain cedera dalam serangan pada waktu malam ke atas Thayet Thapin di bandar Kyauktaw, iaitu kawasan yang dikawal oleh Tentera Arakan di wilayah Rakhine, katanya.

Tentera tersebut tidak mengumumkan akan melakukan sebarang serangan di kawasan itu.

Jurucakap Tentera Arakan Khaing Thukha memberitahu The Associated Press bahawa sebuah jet pejuang menggugurkan dua bom di Sekolah Menengah Swasta Pyinnyar Pan Khinn dan A Myin Thit.

Beliau berkata kebanyakan mangsa merupakan "pelajar berusia 17 hingga 18 tahun dari sekolah-sekolah swasta."

Keadaan di kawasan kampung itu tidak dapat disahkan, dengan akses internet dan khidmat telefon bimbit di kawasan itu kebanyakannya terputus.
Related article image
Mayat mangsa yang terbunuh dalam serangan udara tentera Myanmar ke atas dua sekolah swasta di Thayet Thapin, wilayah Rakhine pada 12 Sep 2025. (Gambar: AP)
Kyauktaw, yang terletak 250 kilometer barat daya dari Mandalay, dan juga bandar kedua terbesar di negara itu, ditawan oleh Tentera Arakan pada Februari tahun lalu.
Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita