Skip to main content

Dunia

18 maut dalam kemalangan lombong arang batu di China

Seramai 18 orang maut setelah terperangkap dalam sebuah lombong di bandar Chongqing di barat daya China, lapor agensi berita rasmi Xinhua pada Sabtu (5 Dis). Ini merupakan kemalangan kedua di wilayah itu dalam masa hanya dua bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
18 maut dalam kemalangan lombong arang batu di China

Anggota penyelamat menanti di luar tapak kemalangan lombong Diaoshuidong di China pada 5 Dis 2020 (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 05 Dec 2020 03:54PM Dikemas Kini : 05 Dec 2020 03:55PM

BEIJING: Seramai 18 orang maut setelah terperangkap dalam sebuah lombong di bandar Chongqing di barat daya China, lapor agensi berita rasmi Xinhua pada Sabtu (5 Dis). Ini merupakan kemalangan kedua di wilayah itu dalam masa hanya dua bulan.

Mangsa-mangsa merupakan antara 24 orang yang terperangkap di bawah tanah oleh tahap berlebihan gas karbon monoksida di lombong arang batu Diaoshuidong, menurut agensi itu, sambil menambah bahawa seorang sudah diselamatkan sementara usaha mencari diteruskan.

Kejadian pada Jumaat, yang berlaku pada sekitar 5.00 petang di sebuah lombong yang ditutup selama lebih dari dua bulan sedang syarikat itu mencabut peralatan bawah tanah, sedang disiasat, tambah laporan itu.

Lombong-lombong di China adalah antara yang paling banyak mencatat kematian di dunia, dengan 16 kematian dilaporkan pada lewat September setelah tahap tinggi karbon monoksida memerangkap pekerja di lombong arang batu Songzao di Chongqing.

Diaoshuidong, dibina pada 1975 dan beroperasi sejak 1998 sebagai perusahaan privet, adalah lombong gas tinggi dengan kapasiti tahunan 120,000 tan arang batu, menurut Xinhua.

Pada 2013, tiga orang terbunuh dan dua lagi cedera dalam kejadian keracunan hidrogen sulfida di lombong itu, tambahnya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita