Skip to main content

Dunia

18 maut, bas terjunam di Mexico

Anggaran Waktu Membaca:
BOGOTA: Sekurang-kurangnya 18 orang maut manakala 33 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di barat Mexico pada Ahad (30 Apr).

Pemandu bas terbabit dilaporkan hilang kawalan sebelum kenderaan itu terjunam ke dalam lembah sedalam beberapa meter di Lebuhraya Tepic-Puerto Vallarta.

Demikian lapor Agensi Anadolu.

Pejabat pendakwa raya di Nayarit memaklumkan bas itu dalam perjalanan ke Guayabitos dari Guadalajara.

Siasatan berhubung kemalangan sudah dilancarkan.

Menurut data dari Institut Kesihatan Awam Negara Mexico (INSP), Mexico menduduki tempat ketujuh di dunia dan ketiga dalam kalangan Amerika Latin membabitkan kemalangan jalan raya yang membawa maut.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita