Skip to main content

Dunia

18 maut akibat rempuhan di stesen kereta api India

Anggaran Waktu Membaca:
18 maut akibat rempuhan di stesen kereta api India

Para penumpang berebut-rebut menaiki kereta api di Stesen New Delhi di India pada 15 Februari 2025. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 16 Feb 2025 10:45AM Dikemas Kini : 16 Feb 2025 02:05PM
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam insiden rempuhan di sebuah stesen kereta api di ibu negara India, New Delhi, lewat Sabtu malam (15 Feb).

Ketua Menteri Sementara Delhi, Atishi berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lok Nayak Jai Prakash Narain di ibu negara.

Insiden rempuhan itu berlaku ketika beribu-ribu orang berkumpul di stesen kereta api New Delhi, menunggu untuk menaiki kereta api ke lokasi perayaan Maha Kumbh, sebuah festival keagamaan Hindu yang diadakan di bahagian utara India.

Perdana Menteri India Narendra Modi menyatakan rasa dukacitanya terhadap kejadian tersebut.

Menteri Kereta Api India, Ashwini Vaishnaw memaklumkan bahawa siasatan telah diarahkan bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan rempuhan tersebut.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam insiden rempuhan semasa festival enam minggu itu berlangsung, selepas berpuluh-puluh juta penganut Hindu berhimpun untuk mandi di sebuah sungai suci.
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita