Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

18 lagi ditangkap berhubung pengeboman Sri Lanka

Pasukan keselamatan Sri Lanka menangkap 18 orang lagi dalam gerakan besar-besaran yang berterusan memburu mereka yang disyaki terbabit dalam siri serangan bom di tiga gereja dan tiga hotel mewah pada Ahad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
18 lagi ditangkap berhubung pengeboman Sri Lanka

Siri serangan letupan menyasarkan gereja-gereja dan hotel-hotel mewah berlaku di Colombo pada 21 April 2019. (Gambar: Jewel SAMAD/AFP)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 06:57PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 07:03PM

COLOMBO: Pasukan keselamatan Sri Lanka menangkap 18 orang lagi dalam gerakan besar-besaran yang berterusan memburu mereka yang disyaki terbabit dalam siri serangan bom di tiga gereja dan tiga hotel mewah pada Ahad lalu.

Ini bermakna 58 orang sudah ditangkap sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun tekanan semakin meningkat terhadap ahli-ahli politik kerana dituduh gagal bertindak sebelum pengganas menyerang meskipun sudah menerima maklumat risik mengenainya.

Kejadian pada Hari Easter pagi Ahad itu adalah salah satu serangan pengganas terburuk di Asia terhadap orang-orang awam.

Angka kematiannya sudah meningkat kepada 359 orang kerana sebahagian mangsa yang cedera, akhirnya meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya 500 orang lagi cedera.

Semalam, kumpulan pengganas ISIS mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu.

Awal dari itu pemerintah Sri Lanka menuding jari ke arah kumpulan pelampau tempatan, Jama'ath Thowheeth Nasional (NTJ) tetapi ia tidak menolak kemungkinan ada pembabitan anasir luar.

Presiden Maithripala Sirisena berjanji akan melakukan rombakan besar terhadap pucuk pimpinan tenteranya selepas mengakui pejabat beliau tidak menerima amaran dari pihak India mengenai rancangan pengganas hendak melakukan serangan-serangan pengebom nekad di Colombo.

Satu laporan Reuters menukil tiga sumber sebagai menyatakan pihak perisikan India telah memberi maklumat itu kepada pihak perisikan Sri Lanka, dua jam sebelum serangan bom pertama pada Ahad lalu berlaku.

Sumber : Reuters/MU/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa