18 juta pelancong dijangka lawat M'sia tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia bagi tahun ini dijangka mencecah sekurang-kurangnya 18 juta pengunjung, melebihi sasaran awal iaitu 16.1 juta pelancong.
Demikian menurut Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Ammar Abdul Ghapar.
Beliau berkata sasaran itu ditetapkan berdasarkan pelbagai faktor.
Di antaranya ialah peningkatan kekerapan syarikat penerbangan, penambahan penerbangan terjadual, dan daya tarikan percutian akhir tahun, yang dijangka meningkatkan lagi bilangan pengunjung.
“Tahun ini, kami menyasarkan 16.1 juta pelancong (antarabangsa)... melihat kepada pertumbuhan positif ini, dengan mudah kita boleh katakan bahawa jika tiada apa-apa yang berlaku, kita boleh menjangkakan 18 juta pelancong tahun ini, iaitu lebih daripada apa yang kita sasarkan... kita harap ia akan menjadi kenyataan dan kami sangat optimis mengenainya," beliau berucap semasa merasmikan Road Show Lembaga Pelancongan Jordan dan Makan Malam Perniagaan di Kuala Lumpur pada Isnin (7 Ogos).
Encik Ammar berkata Malaysia merekodkan 4.5 juta ketibaan pelancong pada suku pertama tahun ini, manakala pengumuman mengenai insentif untuk pengendali penerbangan berjadual di negara itu akan diumumkan tidak lama lagi bagi meningkatkan sektor pelancongan.
Beliau berkata langkah tersebut perlu kerana Malaysia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada penerbangan berjadual untuk meningkatkan pelancongan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.