Skip to main content

Dunia

18 cedera susuli insiden tikam stesen kereta api Hamburg; semuanya dalam keadaan stabil

Anggaran Waktu Membaca:
18 cedera susuli insiden tikam stesen kereta api Hamburg; semuanya dalam keadaan stabil

Para penyiasat di Hamburg, Stesen Central Jerman pada 23 Mei 2025, selepas beberapa orang cedera dalam serangan pisau. (Foto: dpa melalui AP/Georg Wendt)

Diterbitkan : 24 May 2025 09:04PM Dikemas Kini : 24 May 2025 09:05PM
BERLIN: Lebih 12 orang yang cedera dalam serangan tikaman di stesen kereta api di bandar Hamburg berada dalam keadaan stabil, kata polis pada Sabtu (24 Mei).

Seorang wanita warga Jerman berusia 39 tahun telah ditangkap di tempat kejadian pada Jumaat (23 Mei) dan polis percaya dia bertindak bersendirian.

Akhbar Hamburger Abendblatt melaporkan bahawa dua orang yang lalu lalang berjaya menahan wanita itu dan merampas pisau daripadanya.

Akhbar itu menukil jurucakap bomba, Philipp Baumann, sebagai berkata bahawa serangan itu mencederakan 18 orang berusia antara 19 dan 85 tahun.

Tiga wanita berusia 24, 52 dan 85 tahun, serta seorang lelaki berusia 24 tahun cedera parah.

Menurut polis, keempat-empatnya berada dalam keadaan stabil pada Sabtu (24 Mei).

Tiada petunjuk mengenai sebarang motif politik, dan polis berkata bahawa para penyiasat sedang meneliti sama ada suspek mungkin mengalami sakit mental.

Wanita itu dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu (25 Mei) dan kemudian ditempatkan dalam wad psikiatri.

Wanita itu menyasarkan orang ramai di platform antara trek 13 dan 14 di stesen tersebut pada sekitar pukul 6.00 petang pada Jumaat (Sabtu, 12.00 tengah malam, waktu Singapura). Stesen di pusat bandar Hamburg, bandar kedua terbesar di Jerman, adalah hab utama untuk kereta api tempatan, serantau dan jarak jauh.

Membawa senjata, termasuk pisau, dilarang di stesen dan pengangkutan tempatan di Hamburg.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita