175 guru Bahasa Mandarin akan mulakan kerjaya di sekolah-sekolah dasar dan asas di Saudi, mulai pertengahan bulan Ogos.
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Sejumlah 175 guru Bahasa Mandarin akan memulakan kerjaya di sekolah-sekolah dasar dan asas di Saudi, mulai pertengahan bulan Ogos ini.
Menurut akhbar China Daily, program itu adalah sebagaian perjanjian yang dicapai antara Saudi dengan China pada 2023 bagi meningkatkan kerjasama dalam pendidikan bahasa Mandarin, lapor Saudi Gazette.
Para guru dari China telah menamatkan latihan pra kelayakan di Universiti Tianjin dari 29 Julai hingga 2 Ogos lalu.
Menurut laporan Saudi Gazette,latihan itu dijalankan universiti tersebut dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Saudi dan Pusat Pendidikan dan Kerjasama Kementerian Pendidikan Bahasa dan Kerjasama China.
Pihak berkuasa Saudi juga akan membuka kelas-kelas bahasa Mandarin di sekolah-sekolah dasar Saudi, menurut laporan Saudi Gazette.
China akan menghantar 800 guru bahasa Mandarin ke Saudi yang menawarkan butiran program pengajaran bahasa Mandarin dan peluang-peluang pekerjaan.
Pakar sumber manusia di Tatweer Co. Yaqin Talal A. Jebreen, diberikan tanggungjawab bagi latihan.
“Tamatnya latihan untuk kumpulan pertama para gurgu China itu mencerminkan kerjasama baik antara Saudi dengan China, lapor Saudi Gazette.
Menurut seorang pegawai universiti China, Qu Kai, usahasama itu telah membuahkan 60,000 pelajar antarabangsa yang fasih dalam bahasa Mandarin dan budaya China yang sebaliknya akan terus menganjak kerjasama pendidikan antarabangsa antara China dengan Saudi.

Sumber : Agensi berita/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.