Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

171 kertas siasatan dikaitkan dengan kesalahan 314 pegawai polis Pulau Pinang

Anggaran Waktu Membaca:
171 kertas siasatan dikaitkan dengan kesalahan 314 pegawai polis Pulau Pinang

Pulau Pinang, George Town (Gambar: SCMP/TODAYonline)

Diterbitkan : 05 Jan 2022 01:37PM Dikemas Kini : 05 Jan 2022 01:38PM

GEORGETOWN: Sebanyak 171 kertas siasatan disebabkan pelbagai kesalahan dibuka sepanjang tahun lalu membabitkan seramai 314 pegawai dan anggota polis di Kontinjen Pulau Pinang.

Individu itu terdiri daripada 43 pegawai kanan polis, 269 pegawai rendah dan dua kakitangan awam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata: "Semua kes berkenaan membabitkan kesalahan tatatertib, syariah, jenayah, rasuah, penyalahgunaan dadah, tidak hadir bertugas dan gagal dikesan atau melarikan diri."

Beliau menambah: "Berdasarkan jumlah kes, kesalahan tatatertib paling banyak direkodkan iaitu sebanyak 107 kes diikuti dengan jenayah (33 kes), dadah (17 kes) dan melarikan diri (empat kes)."

"Bagi kesalahan rasuah pula, sebanyak empat kertas siasatan dibuka manakala dua lagi kes membabitkan syariah.

"Siasatan juga mendapati seramai 28 individu kini berdepan tindakan gantung, ditahan dan dibuang kerja mengikut Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993," dalam kenyataan media hari ini (5 Jan).

Mohd Shuhaily berkata demikian selepas mengadakan perhimpunan bulanan dan lafaz ikrar bagi Januari 2022 Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Pasukan Simpanan Polis Persekutuan, Ayer Itam.

Menurut Mohd Shuhaily, kesalahan membabitkan pegawai dan anggota Kontinjen Pulau Pinang menunjukkan peningkatan sebanyak 35.71 peratus berbanding pada tahun 2020 iaitu sebanyak 126 kertas siasatan dibuka.

"Kita tidak akan berkompromi dengan pegawai ataupun anggota yang terbabit dengan salah laku dan tindakan tatatertib akan diambil demi menjaga nama baik PDRM," katanya lagi.

Sumber : Sumber Web/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan