Skip to main content

Dunia

170 maut akibat banjir di Nepal

Anggaran Waktu Membaca:
KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 170 orang kini disahkan mati apabila banjir besar dan tanah runtuh melanda sebahagian kawasan Lembah Kathmandu menyusuli hujan lebat pada hari Jumaat dan Sabtu lepas.

Angka kematian dijangka terus meningkat kerana 42 orang masih hilang.

Para penduduk ibu kota negara itu mula pulang ke rumah masing-masing yang diselubungi lumpuh pada Ahad (29 Sep), untuk meninjau kerosakan akibat banjir dahsyat yang melanda tersebut.

Banyak kejiranan di Kathmandu ditenggelami air dan lebuh-lebuh rayanya mengalami kerosakan besar.

Ia menyebabkan ibu kota itu terputus hubungan dengan seluruh kawasan Nepal yang lain.

Pihak berkuasa telah menutup sekolah-sekolah di kawasan terjejas selama tiga hari.

Banjir dan tanah runtuh yang membawa maut yang berpunca daripada hujan lebat biasanya berlaku di seluruh Asia Selatan semasa musim tengkujuh dari Jun hingga September, tetapi para pakar mengatakan perubahan iklim meningkatkan kekerapan dan tahap keterukannya.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita