17 senator Amerika gesa akses media lebih luas di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:

Kenderaan tentera Israel dekat kawasan sempadan Carikan Gaza pada 20 Ogos 2025. (Gambar: AHMAD GHARABLI/AFP)
WASHINGTON: Sekumpulan 17 senator menghantar surat kepada Setiausaha Negara Marco Rubio pada Rabu (20 Ogos) bagi menggesa Amerika Syarikat meningkatkan tekanan terhadap Israel untuk memberikan akses dan perlindungan kepada para wartawan di Gaza.
Surat itu diutuskan seminggu selepas serangan Israel membunuh sekumpulan wartawan warga Palestin.
"Amerika Syarikat mesti menjelaskan kepada Israel bahawa tindakan melarang dan menapis pertubuhan media dan menyasarkan atau mengancam anggota media tidak boleh diterima dan mesti dihentikan," kata para senator Democrat dalam satu kenyataan.
Surat kepada Encik Rubio, penyokong tegar Israel, menyatakan: "Kami menggesa anda untuk menekan pemerintah Israel untuk melindungi wartawan di Gaza dan membenarkan media antarabangsa mengakses wilayah itu."
Minggu lalu, serangan Israel membunuh empat wartawan Al Jazeera, termasuk koresponden televisyen Qatar Anas al-Sharif, serta dua wartawan bebas.
Serangan itu mencetuskan bantahan dan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Surat itu mengutuk serangan tersebut: "Ketiadaan penjelasan yang meyakinkan mengenai objektif ketenteraan di sebalik serangan itu, menunjukkan bahawa Israel secara terang-terangan mengakui bahawa ia menyasarkan dan membunuh wartawan yang telah menunjukkan kepada dunia skala penderitaan di Gaza, yang akan menunjukkan pelanggaran undang-undang antarabangsa."
Antara yang menandatangani surat itu ialah Senator Massachusetts Elizabeth Warren, Senator Hawaii Brian Schatz, Senator Virginia Tim Kaine dan 13 senator Democrat yang lain, serta Senator Vermont Bernie Sanders.
The Washington Post pada Rabu malam (20 Ogos) juga melaporkan bahawa seorang anggota pejabat media untuk Biro Ehwal Timur Tengah Jabatan Negara Amerika, Shahed Ghoreishi, dipecat selepas mencadangkan Washington menyampaikan ucapan takziah kepada wartawan yang terkorban di Gaza.
Pemerhati media Reporters Without Borders menyatakan pada awal Julai bahawa lebih 200 wartawan terbunuh di Gaza sejak perang bermula, termasuk ramai wartawan Al Jazeera.
Dengan Gaza ditutup, banyak kumpulan media di seluruh dunia, termasuk AFP, bergantung kepada liputan foto, video dan teks mengenai konflik tersebut yang disediakan oleh para wartawan Palestin di lapangan.

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.