Skip to main content

Dunia

17 orang disyaki pengikut Millah Abraham ditahan di Johor

Anggaran Waktu Membaca:
17 orang disyaki pengikut Millah Abraham ditahan di Johor

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 05 Aug 2024 10:21AM
JOHOR BAHRU: Sejumlah 17 individu disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan dalam operasi bersepadu di empat daerah sekitar Johor, Khamis (8 Ogos) lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled dalam catatan di akaun Facebook miliknya berkata, kesemua 17 individu tersebut ditahan dalam operasi serentak dijalankan di Batu Pahat, Pontian, Muar dan Segamat.

Katanya, operasi khas dinamakan Ops Milab itu membabitkan kerjasama bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), cawangan khas Bukit Aman dan cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru, lapor Astro Awani.

Ops Milab dilaksanakan di empat daerah secara serentak Khamis lalu bagi membanteras penyebaran ajaran dan fahaman Millah Abraham.

Ajaran Millah Abraham difatwakan sesat di Johor pada 30 Julai 2015 dan diwartakan pada 28 April 2016, sebagai ajaran dan fahaman yang menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurut Encik Fared, hasil operasi bersepadu berkenaan, 17 individu ditahan kerana disyaki pengikut kepada ajaran itu dengan sebutan kes di mahkamah ditetapkan pada Selasa (6 ogos).

Pada 17 Julai lalu, JAINJ dilaporkan mengesahkan menerima laporan polis berkaitan ajaran sesat Millah Abraham, di Johor.

Antara fahaman salah ajaran itu ialah, ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan ada syahadah berbeza.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita