Skip to main content

Dunia

17 maut setelah pesawat Air India Express terhempas; angka korban dijangka meningkat

Sekurang-kurangnya 17 orang maut pada Jumaat (8 Ogos) apabila sebuah pesawat penumpang terbelah dua setelah ia terbabas dan tergelincir daripada landasan ketika mendarat di selatan India, menurut para pegawai. 

Anggaran Waktu Membaca:
17 maut setelah pesawat Air India Express terhempas; angka korban dijangka meningkat

Para pekerja penyelamat mencari mangsa terperangkang apabila sebuah pesawat penumpang tergelincir daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut di Kerala, India, pada 7 Ogos 2020. (Gambar: Stringer/REUTERS)

Diterbitkan : 08 Aug 2020 08:44AM Dikemas Kini : 08 Aug 2020 08:45AM

KOZHIKODE: Sekurang-kurangnya 17 orang maut pada Jumaat (8 Ogos) apabila sebuah pesawat penumpang terbelah dua setelah ia terbabas dan tergelincir daripada landasan ketika mendarat di selatan India, menurut para pegawai.

Lebih 100 orang cedera dengan 15 daripadanya dalam keadaan tenat setelah pesawat Boeing 737 Air India Express dari Dubai - sebuah pesawat pemindahan virus korona - terbabas dari landasan dan menjunam ke tebing dalam cuaca hujan lebat di Kozhikode.

Para pegawai berkata 191 penumpang dan anak kapal berada dalam pesawat yang menjunam 10 meter (35 kaki) dari landasan 'tabletop' - iaitu keadaan sukar untuk mendarat - di wilayah Kerala.

Mujur, pesawat tersebut tidak terbakar.

Pegawai Kozhikode, Seeram Sambasiva, berkata 17 orang terkorban.

Menurut senarai pesakit seperti yang dilihat AFP, korban jiwa termasuk seorang bayi berusia 10 bulan dan seorang kanak-kanak berumur 18 bulan.

Salah seorang daripada dua juruterbang yang maut dalam nahas itu, Deepak Sathe, adalah bekas juruterbang jet pejuang tentera India, menurut laporan.

Pegawai kanan polis tempatan, Abdul Karim, memberitahu AFP, bahawa sekurang-kurangnya 15 penumpang dalam keadaan serius dan sedang dirawat di hospital-hospital tempatan.

Media India menukil data daripada laman web pemantau penerbangan yang menunjukkan bahawa pesawat itu kelihatan cuba untuk mendarat sebanyak dua kali. Mereka yang terselamat daripada nahas itu memberitahu televisyen setempat bahawa pesawat tersebut naik turun berkali-kali sebelum mendarat.

Kakitangan penyelamat serta penduduk tempatan bergegas ke tempat kejadian, berusaha keras untuk mengeluarkan para mangsa daripada bangkai pesawat dalam cuaca hujan dan gelap-gelita.

Sebilangan penumpang yang terperangkap di dalam pesawat terpaksa diselamatkan menggunakan peralatan khas. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita