Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

17 hilang selepas kapal pesiaran pelancong karam di Laut Merah

Anggaran Waktu Membaca:
17 hilang selepas kapal pesiaran pelancong karam di Laut Merah

(Gambar: Red Sea Governorate)

Diterbitkan : 25 Nov 2024 10:54PM Dikemas Kini : 25 Nov 2024 10:56PM
KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir menyatakan bahawa 17 orang, termasuk warga asing, hilang manakala 28 yang lain diselamatkan selepas sebuah kapal pesiaran pelancong terbalik di pantai Laut Merah di negara itu pada Isnin (25 Nov).

Kapal itu membawa 31 pelancong dari berbilang negara dan 14 anak kapal pada jam 5.30 pagi (0330 GMT) apabila isyarat kecemasan dikeluarkan, kata kenyataan dari gabenor Laut Merah.

'The Sea Story' memulakan perjalanan bagi kembara menyelam selama beberapa hari pada Ahad (24 Nov) dari Pelabuhan Ghalib di tenggara Mesir, dan dijangka berlabuh di bandar Hurghada pada Jumaat (29 Nov).

Gabenor Amr Hanafi dalam satu kenyataan berkata beberapa mangsa diselamatkan oleh pesawat, sementara yang lain dibawa menaiki kapal perang ke tempat yang selamat.

“Operasi mencari secara intensif sedang dijalankan dengan penyelarasan bersama tentera laut dan angkatan bersenjata,” katanya.

Laut Merah merupakan destinasi pelancongan utama di Mesir, iaitu sebuah negara dengan seramai 105 juta penduduk dalam krisis ekonomi yang serius.

Sektor tersebut menggajikan dua juta orang dan menjana lebih daripada 10 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP).
Sumber : AFP/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan