Skip to main content

Dunia

17 ditahan terlibat seleweng minyak diesel bersubsidi di Johor

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Seramai 17 individu ditahan dalam serbuan di Iskandar Puteri, Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru disyaki terlibat dalam penyelewengan diesel, arak dan rokok kontraban, sejak awal pagi 28 Julai sehingga tengah malam Ahad (31 Jul).

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan antara pukul 2 pagi Khamis lepas hingga pukul 12.15 tengah malam Isnin melibatkan barang kawalan bersubsidi iaitu diesel serta barangan kontraban seperti rokok dan arak, melibatkan rampasan bernilai RM1.5 juta (S$464,000).

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga asing dan seorang perempuan tempatan, berusia antara 28 hingga 53 tahun," kata beliau dalam satu kenyataan pada Isnin (1 Ogos).

Katanya, hasil semakan dua individu didapati mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah serta warga asing yang turut ditahan telah menyalahgunakan dokumen perjalanannya.

Beliau berkata antara barang rampasan termasuk 117,600 liter diesel bernilai RM191,240 (S$59,110); 24 botol arak pelbagai jenama; 1,274 karton arak pelbagai jenama, 15 lori dan lain-lain lagi.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 (S$30,937) (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 (S$154,684) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

“Mereka juga akan didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta yang sama yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 (S$30,937) atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Sumber : Bernama/SS/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita