17 cedera selepas pesawat Air India dilanda gelora udara
Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan AI2379 dari Phuket menjunam secara mendadak semasa fasa penerbangan. (Gambar fail: Reuters/Ryan Zhang)
HYDERABAD: Seramai 17 orang cedera selepas sebuah pesawat Air India, yang sedang melakukan penerbangan dari Thailand ke Delhi, mengalami gelora udara pada Selasa (4 Ogos).
Air India dalam kenyataannya memaklumkan penerbangan AI2379 dari Phuket itu menjunam secara mendadak semasa fasa penerbangan, sebelum pesawat berkenaan "meneruskan penerbangan seperti biasa" dan mendarat dengan selamat di Delhi pada 11.07 pagi waktu tempatan.
"Pesawat Airbus A320neo itu membawa 137 penumpang dan lapan kru. Daripada jumlah itu, 13 penumpang dan empat anak kapal mengalami kecederaan serta dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan," menurut Air India.
Syarikat penerbangan itu menambah bahawa pihak pengurusan telah memaklumkan kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan serta Airbus, selain memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung insiden berkenaan.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.