Skip to main content

Dunia

160 petugas kesihatan di DR Congo dijangkiti Ebola, 43 maut

Anggaran Waktu Membaca:
160 petugas kesihatan di DR Congo dijangkiti Ebola, 43 maut

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 5,290 kes Ebola direkodkan sejak wabak itu mula dilaporkan pada Mei, dengan 2,516 kematian. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 22 Aug 2026 08:58AM
  • Kira-kira 160 petugas kesihatan di Republik Demokratik Congo dijangkiti Ebola, dengan 43 kematian, menurut PBB.
  • Sejak Mei, 5,290 kes Ebola dan 2,516 kematian direkodkan, menunjukkan wabak masih merebak.
  • Julien Harneis menyatakan kekurangan dana dan penutupan lapangan terbang di Bunia menyukarkan pembayaran kepada petugas serta penghantaran wang tunai.
  • Serangan terhadap petugas dan kemudahan kesihatan serta ketegangan wilayah menyebabkan penduduk berasa takut dan kecewa.
Dijana oleh AI
GENEVA: Kira-kira 160 petugas kesihatan dijangkiti Ebola di Republik Demokratik Congo, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (21 Ogos).

Penyelaras Ebola PBB di Bunia, Julien Harneis, berkata 43 petugas kesihatan meninggal dunia akibat penyakit itu.

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 5,290 kes direkodkan sejak wabak itu mula dilaporkan pada Mei, dengan 2,516 kematian.

Encik Harneis berkata penyakit yang mengancam nyawa itu terus merebak dan lebih banyak dana diperlukan bagi meningkatkan keupayaan untuk menanganinya.

Menurut Encik Harneis, pihak berkuasa menghadapi kesukaran membayar petugas yang diperlukan untuk memantau kontak individu yang dijangkiti.

Ini kerana lapangan terbang di Bunia ditutup kepada penerbangan komersial, menyebabkan bank kehabisan wang tunai.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk, selain menyebabkan sejumlah besar wang tunai tidak dapat dihantar dari ibu negara ke Bunia melalui jalan darat.

Menurut Encik Harneis, 266 serangan terhadap kemudahan dan petugas kesihatan direkodkan di Congo dalam tempoh enam bulan lalu.

Beliau berkata penduduk berasa takut dan kecewa selepas bertahun-tahun hidup di wilayah bergolak yang dilanda ketegangan dan menyaksikan penduduk terpaksa melarikan diri, selain berdepan penyakit yang mengancam nyawa itu.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita