Skip to main content

Dunia

160 kereta warga Palestin dirosakkan, polis syak jenayah kebencian

Lebih 160 kereta dirosakkan di sebuah kejiranan Palestin di Baitulmakdis, dengan slogan-slogan anti-Arab diconteng berdekatan. Polis Israel mendedahkan demikian pada Isnin (9 Dis) dan mengesyaki kejadian itu sebagai jenayah berbaur kebencian.

Anggaran Waktu Membaca:
160 kereta warga Palestin dirosakkan, polis syak jenayah kebencian

(Gambar: AFP/Ahmad Gharabli)

Diterbitkan : 09 Dec 2019 11:43PM Dikemas Kini : 09 Dec 2019 11:52PM

BAITULMAKDIS: Lebih 160 kereta dirosakkan di sebuah kejiranan Palestin di Baitulmakdis, dengan slogan-slogan anti-Arab diconteng berdekatan. Polis Israel mendedahkan demikian pada Isnin (9 Dis) dan mengesyaki kejadian itu sebagai jenayah berbaur kebencian.

Tayar pada kereta-kereta di kawasan kejiranan Shuafaat di timur Baitulmakdis itu dipotong, manakala gambar-gambar yang disiarkan media Israel menunjukkan cogan kata seperti "Arab=musuh", "Tiada ruang dalam negara ini bagi musuh" dan "Apabila Yahudi ditikam kita tidak berdiam diri" diconteng di kawasan berdekatan dalam bahasa Yahudi menggunakan cat berwarna merah.

Polis menyatakan pihaknya "terus mencari kawasan bagi suspek-suspek yang larikan diri dari tempat kejadian".

Seorang pegawai tempatan memberitahu saluran siaran rasmi Kann bahawa rakaman menunjukkan bahawa vandalisme berlaku pada waktu malam dan diselindungi cuaca hujan, dan pesalah utama adalah penganut Yahudi.

Related article image
(Gambar: AFP/Ahmad Gharabli)

Insiden tersebut menunjukkan tanda-tanda serangan kebencian oleh nasionalis Yahudi yang secara amnya menyasarkan harta benda warga Palestin atau Arab Israel sebagai membalas dendam terhadap serangan nasionalis ke atas warga Israel.

"Tiga penduduk petempatan yang bertopeng masuk ke kawasan kejiranan secara sembunyi-sembunyi pada awal pagi dan merosakkan tayar-tayar kereta di jalan raya utama." kata Maysa Abu Khdair, seorang penduduk tempatan yang keretanya rosak dan kameranya berjaya merakam kejadian.

"Anak perempuan saya terpaksa berjalan kaki ke sekolah dalam cuaca hujan," tambah beliau.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita