16 cedera apabila bot meletup di depan pulau Phi Phi Thailand
Sebuah bot laju yang membawa 31 orang hari ini (14 Jan) meletup di depan pulau Phi Phi di wilayah Krabi yang terletak di selatan Thailand.
Bot-bot pelancong di Pulau Koh Phi Phi, Thailand. (Gambar: AFP PHOTO/Stephen SHAVER STEPHEN SHAVER / AFP)
BANGKOK: Sebuah bot laju yang membawa 31 orang hari ini (14 Jan) meletup di depan pulau Phi Phi di wilayah Krabi yang terletak di selatan Thailand.
Seramai 16 orang cedera, kebanyakannya pelancong dari China, menurut polis Phi Phi memberitahu Reuters.
Bot laju itu, yang dipanggil "King Poseidon", sedang membawa 27 pelancong China dari sebuah resort pulau di Phuket untuk ke Phi Phi sebelum enjinnya terbakar dan meletup menyebabkan 14 pelancong dan dua pengemudinya cedera, menurut polis.
Polis menambah, pihak berkuasa sedang menyiasat punca letupan.
Daripada 16 yang terjejas, enam cedera parah, seorang kakitangan hospital Phi Phi memberitahu Reuters, sambil menambah tujuh orang sudahpun dikejarkan ke beberapa hospital di Phuket untuk mendapatkan rawatan dan lagi sembilan orang sudah dibenarkan pulang.
Resort di tepi pantai dan pulau-pulau di selatan Thailand menjadi daya tarikan utama ramai pelancong, khususnya pada musim ramai pengunjung dari bulan November hingga Mac.
Pelancongan menyumbang kepada sekitar 12 peratus daripada ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu dan merupakan salah satu sektor yang berkembang.
Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand menjangkakan negara itu akan menerima 37 hingga 38 juta pelancong pada tahun 2018, naik dari sekitar 35 juta pengunjung tahun lalu.
Seramai 10 juta daripadanya adalah pelancong China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.