155 orang disyaki anggota GISBH ditahan, 186 mangsa diselamatkan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mohd RASFAN / AFP
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu (21 Sep) melancarkan Fasa 4 Op Global yang tertumpu di semua negeri di Semenanjung Malaysia, bagi mengesan saki-baki ahli yang terlibat dengan organisasi Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.
Operasi pertama Fasa 4 itu berjaya menahan seramai 155 individu membabitkan 78 lelaki dan 77 wanita di 82 premis melibatkan rumah amal, klinik premis perniagaan, ma’ahad, dan rumah persendirian.
Melalui operasi yang dijalankan juga, PDRM mendapati beberapa premis dipercayai dihuni ahli GISB sudah kosong, lapor Astro Awani.
PDRM bersama Jakim turut berjaya membuat beberapa rampasan ketika operasi dijalankan termasuk risalah-risalah mengandungi elemen-elemen yang dipercayai bercanggah dengan ajaran Islam serta barang khurafat.
Seramai 186 mangsa, terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita, berjaya diselamatkan. Ia termasuk seorang kanak-kanak yang tular di media sosial dirotan lelaki dipercayai ahli GISB.
Kesemua tangkapan dibawa ke formasi masing-masing dan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Operasi Fasa 4 tersebut melibatkan kekuatan keseluruhan sebanyak 3,801 sumber manusia meliputi PDRM seramai 2,528 pegawai dan anggota serta 1,273 kakitangan agensi kerajaan Malaysia yang lain, antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jakim, Jabatan Kimia, dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.