150 penumpang kapal pesiaran MV Hondius terkandas di Cape Verde susuli jangkitan hantavirus
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal pesiaran MV Hondius di pelabuhan Cape Verde (Gambar: Reuters/Stringer)
AMSTERDAM: Pasukan perubatan pada Isnin (4 Mei) sedang berusaha untuk memindahkan dua orang yang mengalami gejala jangkitan hantavirus yang boleh membawa maut. Ini menyusuli jangkitan yang disyaki berlaku di atas sebuah kapal pesiaran mewah, MV Hondius, di Afrika Barat yang membawa penumpang dari Britain, Amerika, dan Sepanyol.
Kira-kira 150 orang masih terkandas di atas kapal tersebut selepas tiga orang - pasangan warga Belanda dan seorang warga Jerman - meninggal dunia. Beberapa orang lain turut jatuh sakit, termasuk seorang warga Britain yang kini dirawat di Afrika Selatan.
Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda (RIVM) mengesahkan bahawa jangkitan hantavirus dikesan pada salah seorang pesakit. Seorang sumber menyatakan bahawa wanita Belanda yang maut itu juga positif virus tersebut.
RIVM menyatakan pihaknya masih belum pasti sama ada pesakit lain yang bergejala turut dijangkiti virus yang sama, atau jika kematian sebelum ini berpunca daripada virus tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan risiko terhadap orang awam adalah rendah dan orang ramai tidak perlu panik atau bimbang tentang sekatan perjalanan.
Namun, pihak berkuasa Cape Verde tidak membenarkan kapal MV Hondius berlabuh sebagai langkah berjaga-jaga.
SITUASI DI ATAS KAPAL: "BANYAK KETIDAKPASTIAN"
Seorang penulis blog pelancongan dari Amerika Syarikat, Jake Rosmarin, meluahkan rasa kecewa melalui video Instagram. "Kami bukan sekadar tajuk berita: kami adalah manusia yang mempunyai keluarga dan orang tersayang yang menunggu kami di rumah," katanya.
Syarikat pengendali kapal tersebut, Oceanwide Expeditions, mengarahkan semua penumpang duduk di dalam kabin masing-masing untuk mengelakkan virus daripada menular. Syarikat itu kini cuba mengatur penghantaran pulang dua anak kapal yang sakit serta jenazah mangsa dari Jerman. Mereka juga sedang berbincang dengan pihak berkuasa Sepanyol untuk membolehkan penumpang turun di Kepulauan Canary.
Kapal Hondius bertolak dari Argentina pada bulan Mac bagi ekspedisi alam semula jadi ke Antartika. Harga tiket bagi perjalanan ini adalah antara 14,000 hingga 22,000 euro.
Kapal itu melalui Antartika, Kepulauan Falkland, dan beberapa pulau lain sebelum sampai di perairan Cape Verde pada 3 Mei. Rekod menunjukkan mangsa pertama meninggal dunia di St Helena pada 11 April, manakala mangsa kedua (isterinya) meninggal dunia di Afrika Selatan selepas pengsan di lapangan terbang.
PUNCA BELUM PASTI
Pihak RIVM masih menyiasat punca jangkitan ini. "Mungkin ada tikus di atas kapal yang membawa virus itu, atau mungkin penumpang dijangkiti semasa melakukan persinggahan di Amerika Selatan," kata jurucakap syarikat itu.
Pakar perubatan, Daniel Bausch, menyatakan bahawa terdapat bukti virus jenis ini di Argentina dan Chile yang boleh berjangkit sesama manusia. Namun, beliau memberi jaminan bahawa ini tidak akan menjadi wabak yang besar.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.