15 rumah, bot nelayan musnah dijilat api
Sebanyak 15 buah rumah termasuk sebuah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi, awal pagi ini (11 Nov).
Gambar: Info Kemalangan & Bencana Malaysia/Facebook
KUALA PERLIS: Sebanyak 15 buah rumah termasuk sebuah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi, awal pagi ini (11 Nov).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis Encik Mohd Fadzil Haroon berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.37 pagi dan tiba di lokasi pada 2.43 pagi.
Encik Mohd Fadzil berkata operasi memadamkan kebakaran yang turut memusnahkan sebuah bot nelayan itu dapat dikawal sejam kemudian.
"Sebanyak tiga balai bomba terlibat iaitu dari Simpang Empat, Kuala Perlis dan Kangar dengan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Sebanyak enam Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di sekitar Perlis dan Kedah turut membantu memadamkan kebakaran.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran juga masih disiasat, katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.