15 penduduk maut akibat banjir di barat laut China
Sekurang-kurangnya 15 orang maut mana kala 33 lagi dilaporkan hilang menyusuli banjir dan kejadian tanah runtuh di barat laut China.
Pasukan penyelamat mencari mangsa selepas banjir kilat berlaku di Yuzhong, di wilayah barat laut Gansu, China pada 8 Ogos 2025. (Gambar: AFP)
Ini berikutan hujan lebat yang menyebabkan lumpur mengalir deras di kawasan pergunungan wilayah Gansu pada Khamis (7 Ogos).
Presiden China Xi Jinping mengarahkan agar gerakan menyelamat besar-besaran dijalankan.
Menurut pihak berkuasa, pengangkutan serta kemudahan telekomunikasi dan prasarana tenaga rosak dan perlu dibaiki segera.
Keadaan jalan raya berlumpur dan tidak rata pula menyukarkan operasinya.
Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran, hujan lebat akan terus melanda dan sudah pun menggerakkan rancangan untuk menangani banjir di Jiangsu, Anhui, Hubei and Chongqing.
Media negara Xinhua juga melaporkan ratusan penduduk sudah diselamatkan dan ribuan lagi dipindahkan ke kawasan tanah lebih tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.