Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 pekerja perubatan China dijangkiti virus Wuhan; 1 dalam keadaan tenat

Seramai 15 pekerja perubatan di Wuhan, China didiagnosis mengalami pneumonia atau radang paru-paru, dengan seorang lagi pekerja turut disyaki dijangkiti virus tersebut, menurut penguasa kesihatan tempatan melalui catatan di Weibo pada Selasa (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
15 pekerja perubatan China dijangkiti virus Wuhan; 1 dalam keadaan tenat

(Gambar: REUTERS/Stringer CHINA OUT)

Diterbitkan : 21 Jan 2020 12:55PM Dikemas Kini : 07 Feb 2020 04:24PM

WUHAN, Hubei: Seramai 15 pekerja perubatan di Wuhan, China didiagnosis mengalami pneumonia atau radang paru-paru, dengan seorang lagi pekerja turut disyaki dijangkiti virus tersebut, menurut penguasa kesihatan tempatan melalui catatan di Weibo pada Selasa (21 Jan).

Salah seorang daripada pekerja itu dalam keadaan kritikal, dengan para pekerja lain kini dalam keadaan stabil.

Perkembangan terbaru itu diumumkan sedang pihak berkuasa mengesahkan kematian keempat akibat jangkitan virus dari Wuhan itu. Pakar perubatan pemerintah Beijing turut memberi amaran mengenai jangkitan dari manusia ke manusia, satu perkembangan yang meningkatkan lagi kemungkinan virus berkenaan boleh menular dengan lebih pantas dan meluas.

Lelaki tua berusia 89 tahun menjadi mangsa terbaru virus seperti SARS yang sudah menular ke merata China dan dikesan di sekurang-kurangnya tiga lagi negara di Asia.

Sejauh ini, lebih 200 orang sudah jatuh sakit disebabkan oleh jangkitan sejenis virus baru korona di China.

Sebahagian besar daripada kes-kes yang dikesan adalah di Wuhan, meskipun virus tersebut sudah menular ke bandar-bandar China yang lain, termasuk ibu kota Beijing, Shanghai dan Shenzhen.

Empat kes dilaporkan di Thailand, Jepun dan Korea Selatan.

"Pekerja perubahan adalah tenaga utama yang cuba membanteras penularannya," menurut catatan di Weibo dalam bahasa Cina.

Bagi melindungi kesihatan para kakitangan perubatan, bandar Wuhan sudah mengetatkan langkah-langkah perlindungan di hospital-hospital, tambah kenyataan tersebut.

Awal sebelum itu, pihak berkuasa China mengesahkan bahawa virus berkenaan boleh berjangkit dari manusia ke manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengumumkan bahawa sebuah jawatankuasa darurat akan mengadakan mesyuarat pada minggu ini untuk membincangkan jangkitan-jangkitan tersebut.

Zhong Nanshan, seorang saintis terkemuka di Suruhanjaya Kesihatan Negara yang membantu mendedahkan skala penularan SARS berkata para pesakit boleh dijangkiti virus baru itu tanpa mengunjungi Wuhan.

Zhong turut meramalkan bahawa virus pneumonia itu akan terus meningkatkan semasa musim perayaan Tahun Baru China di mana berjuta-juta rakyat China dijangka akan melakukan perjalanan untuk bercuti ke luar negara.

Menurut agensi berita Xinhua, Zhong menaruh keyakinan bahawa jangkitan dan penularan virus tersebut akan dapat dikawal.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan