Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 maut selepas kilang farmaseutikal di India meletup

Anggaran Waktu Membaca:
15 maut selepas kilang farmaseutikal di India meletup

Gambar: Crimes In Last 24 Hours/X

ANDHRA PRADESH: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam satu letupan pada Rabu (21 Ogos) di sebuah kilang pembuatan farmaseutikal di Andhra Pradesh, selatan India.

Angka kematian setakat ini mencecah 15 orang dan berkemungkinan meningkat dengan hampir 40 orang cedera.

Menurut penguasa polis daerah, operasi menyelamat sedang dijalankan.

Kebakaran berlaku pada sebelah petang di unit pembuatan Escientia Advanced Sciences milik persendirian seluas 40 ekar.

Kilang berkenaan telah beroperasi sejak 2019 di daerah Anakapalli di wilayah itu.

Setakat ini, tiada kenyataan dari syarikat Escientia.

Pemerintah negara telah mengarahkan siasatan berhubung insiden itu.

Tahun lalu, dua orang terbunuh dengan lima lagi cedera dalam kemalangan kebakaran serupa yang berlaku di reaktor pelarut di kilang Sahithi Pharma di daerah Anakapalli.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan