Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 maut dalam serangan kelab malam Mexico

Sekurang-kurangnya 15 orang mati dalam satu serangan tembak di sebuah kelab malam di daerah tengah Mexico. Tiga orang lain turut cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
15 maut dalam serangan kelab malam Mexico

Kesan darah dilihat di kelab malam Mexico. (Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 10 Mar 2019 09:08PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 09:11PM

GUANAJUATO: Sekurang-kurangnya 15 orang mati dalam satu serangan tembak di sebuah kelab malam di daerah tengah Mexico. Tiga orang lain turut cedera.

Menurut laporan media tempatan, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang masuk kelab La Playa di bandar Salamanca lalu melepaskan tembakan.

Pihak berkuasa belum dapat mengenal pasti identiti para penyerang yang bertopeng itu mahupun merungkai motif mereka.

Awal minggu ini, Presiden Manuel Lopez Obrador melancarkan operasi besar untuk memberkas ketua kumpulan samseng tempatan yang terlibat dalam pencurian minyak daripada kilang penapisan minyak bandar itu.

Salamanca terletak di wilayah Guanajuato, salah satu kawasan paling ganas di Mexico.

Sumber : AFP/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan