Skip to main content

Dunia

15 maut akibat bot pelancong karam di pulau Phu Quoc di Vietnam

Sekurang-kurangnya 15 pelancong India maut selepas sebuah bot karam di pulau selatan Phu Quoc di Vietnam pada Sabtu (11 Jul), lapor VnExpress, menukil pihak berkuasa tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
15 maut akibat bot pelancong karam di pulau Phu Quoc di Vietnam

Sebuah pantai di pulau Phu Quoc, Vietnam. (Gambar: Qui Thinh Tran/iStock)

Diterbitkan : 11 Jul 2026 06:57PM
  • Sebuah bot yang membawa 32 pelancong India, tiga anak kapal dan seorang petugas karam di perairan Phu Quoc, Vietnam pada 11 Julai.
  • Sekurang-kurangnya 15 pelancong maut manakala 21 orang terselamat dalam insiden tersebut.
  • Kedutaan India di Vietnam menubuhkan pusat respons kecemasan di Ho Chi Minh City dan Hanoi untuk membantu keluarga mangsa.
  • Kejadian berlaku akibat laut bergelora dengan ombak besar, dan operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan oleh pihak berkuasa tempatan.
Dijana oleh AI
MANILA: Sekurang-kurangnya 15 pelancong India maut selepas sebuah bot karam di pulau selatan Phu Quoc di Vietnam pada Sabtu (11 Jul), lapor VnExpress, menukil pihak berkuasa tempatan.

21 orang terselamat dalam kejadian itu, menurut laporan itu.

Bot itu sedang membawa 36 orang termasuk 32 pelancong India, tiga anak kapal dan seorang petugas bot.

Kedutaan India di Vietnam menyatakan ia sedang memantau kejadian itu dan membentuk pusat respons kecemasan di Ho Chi Minh City dan Hanoi bagi membantu keluarga yang terjejas.

"Butiran sebenar kejadian itu masih ditentukan kerana operasi mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa tempatan masih dijalankan," menurut kedutaan itu dalam satu kenyataan, sambil menyifatkan kejadian itu sebagai "cukup tragik".

Bot itu sedang dalam perjalanan dari Pulau Hon May Rut ke Pelabuhan An Thoi apabila ia terbalik kira-kira 400 meter di laut, menurut pihak berkuasa seperti dinukil VnExpress.

VnExpress melaporkan keadaan laut bergelora, dengan ombak besar di kawasan itu pada ketika itu.

Phu Quoc, pulau terbesar di Vietnam, menjadi salah satu destinasi pelancongan popular di negara itu, menarik ramai pelancong dari India sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita