15 kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berada pada status cuaca panas Tahap 1
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 bagi 15 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. (Gambar hiasan: Bernama)
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Semenanjung, kawasan terlibat ialah seluruh Perlis manakala di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Kota Setar, Kuala Muda dan Sik.
Turut tersenarai ialah kawasan Hulu Perak di Perak serta Machang dan Pasir Mas di Kelantan.
Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan Beaufort serta tiga kawasan di Sarawak membabitkan Kapit, Limbang dan Marudi.
Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.