Skip to main content

Dunia

1.5 hektar hutan simpanan terbakar di Terengganu

Anggaran Waktu Membaca:
1.5 hektar hutan simpanan terbakar di Terengganu

Kebakaran di Bukit Bauk, Dungun, Terengganu pada Rabu, 11 Mac 2026. (Gambar: terengganu11\Instagram)

Diterbitkan : 11 Mar 2026 08:50PM
DUNGUN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memadam kebakaran hutan seluas 1.5 hektar di kawasan Hutan Simpanan Bukit Bauk, Jalan Bukit Bauk di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka Penolong Penguasa Bomba Mohd Rizuan Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.04 petang sebelum sembilan anggota dari BBP Paka digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah lori tangki.

Beliau berkata lima anggota daripada Pasukan Bomba Sukarela Kuala Dungun turut dikejarkan ke lokasi bagi membantu operasi memadamkan api.

“Anggota dari BBP Paka tiba di lokasi pada 3.21 petang dan memulakan operasi pemadaman kira-kira dua minit kemudian.

“Mereka menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki (60 meter) dari jentera FRT serta dua lagi aliran hos sepanjang 200 kaki dari lori tangki bagi mengawal dan memadam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Rizuan berkata kebakaran berkenaan melibatkan kawasan hutan simpan yang terletak berhampiran jalan utama Bukit Bauk.

Beliau berkata api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.38 malam. Punca kejadian masih disiasat.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita